Selasa, 3 Ogos 2010

wahai kaum hawa..


shila nk kongsi 1artikel ni...
shila tertarik dgn artikal ni...hope dpt jadi panduan pada kaum2 hawa
termasuk shila sendiri..=)

so kpd kaum2 hawa..carilah lelaki@suami yg mempunyai ciri2
ni k...

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

hope semua ni dpt jadi pedoman kpd kte smua.amin!

2 comments:

nn berkata...

bukan senang nak cari... tapi kalau kita pun cuba jadi macam semua benda tu, insyaAllah kita akan dapat orang camtu gak. AMIN

nurayunni berkata...

osSusah nak cari zaman skrg nie..